Saturday, August 9, 2008

Seminar Tunas PPDa Peringkat Negeri

Satu Seminar Tunas PPDa Peringkat Negeri Sabah akan diadakan di Bilik Seminar PPG Kota Belud pada 13 Ogos 2008 (Rabu). Seminar Tunas PPDa ini adalah khusus pelajar-pelajar Tahap 2 kira-kira 30 buah sekolah rendah di daerah Kota Belud. Setiap sekolah yang terpilih hendaklah menghantar 4 orang peserta (2 Lelaki + 2 Perempuan) di kalangan pelajar-pelajar yang memegang jawatan sebagai Pengawas, Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas, atau Pengerusi Unit Berunform / Kelab dan Persatuan atau Sukan dan Permainan serta pelajar-pelajar berisiko dari segi disiplin. Sekolah yang belum menerima surat penyertaan boleh lah mengambil surat-surat tersebut di peti surat sekolah masing-masing di PPG Kota Belud.

Antara pengisian dalam seminar tersebut ialah, ceramah, pameran, tayangan video klip dan demonstrasi rotan dari Jabatan Penjara Sabah.

0 Comments: