Monday, August 4, 2008

Pertandingan Melukis Poster Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah di Kota Belud

KOTA BELUD: Satu pertandingan melukis poster antidadah bagi pelajar Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah telah diadakan pada 02 Ogos 2008. Seramai 170 pelajar SM dan SK telah menyertai pertandingan melukis poster tersebut. Pertandingan poster tersebut adalah anjuran bersama PEMADAM Negeri Sabah bersama dengan Pejabat Pelajaran Negeri Sabah. Pertandingan melukis poster ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Herbert Timbun Lagadan Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah yang juga merupakan ADUN Kedamaian.

0 Comments: