Friday, June 11, 2010

LAWATAN MP KB KE SUDUT SUMBER PPDa SMK TAMBULION













PROGRAM INI TELAH DIADAKAN PADA 3.6.2010, JAM 1.30 PETANG DI SMK TAMBULION,KB.


KOTA BELUD : Para pelajar disarankan agar memilih rakan sebaya yang mampu memberi dorongan dalam bidang akademik dan keterampilan yang tinggi agar mampu menjadi insane yang berguna kepada agama,bangsa dan negara, kata Ahli Parlimen Kota Belud Dato Abd Rahman Datuk Dahlan.

Beliau berkata sebagai remaja yang masih di alam persekolahan peranan rakan sebaya amat penting bagi membentuk motivasi dan mengajak persaingan yang sihat dalam bidang yang diceburi.

“Saya mahu melihat adik-adik bersaing secara sihat dalam apa bidang sekalipun kerana andalah menjadi pewaris kepimpinan negara pada masa akan datang,” katanya semasa melawat sudut Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah SMK Tambulion.

Rahman telah mengumumkan derma sebanyak 2 ribu ringgit untuk membangunkan sekolah dan program pendidikan pencegahan dadah.

Beliau menyarankan agar sekolah sentiasa memantau gerak geri para pelajar agar tidak terjebak dalam gejala social yang boleh menghancurkan masa depan mereka.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Pegawai Khas Pendidikan Pencegahan Dadah, Pejabat Pelajaran daerah Kota Belud, Norawi Hj Kata dan Timbalan Pengerusi Pemadam daerah, Hj Madri Akong.

Thursday, August 20, 2009

BAHARIN GEMBIRA DENGAN USAHA SMK TAMBULION


Ketua Panel Penilai Sudut Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Kementerian Pelajaran Malaysia,En.Baharin Sabar gembira kerana SMK Tambulion telah menyokong usaha KPM untuk memerangi dadah habis-habisan. Katanya, Kejayaan melaksanakan sudut PPDa bukanlah perkara mudah jika tida komitmen di kalangan warga sekolah terutama sekali pengetua dan pihak pengurusan sekolah.

"Saya berpuas hati dengan usaha sekolah walaupun dalam kategori luar bandar tapi telah membuktikan kesungguhan untuk menjayakan program PPDa di samping sudut sumber sebagai bahan rujukan pelajar. Kewujudan Sudut Sumber PPDa hendaklah diketahui oleh masyarakat terutamanya ibu bapa di sekitar sekolah", katanya selepas mendengar taklimat pengurusan sudut sumber PPDa pada 6 Ogos lalu.
GAMBAR : Dari kiri,Idris Nanti,Hj.Mad Amin,Baharin dan Hajral
GAMBAR : Rombongan KPM mengabadikan kenangan bersama warga sekolah dan tetamu jemputan sebelum penilaian
Sementara itu, Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen,Encik Idris Nanti berjanji untuk membawa MP Kota Belud,Dato'Abdul Rahman Dahlan ubtuk melawat sudut sumber PPDa berkenaan.