Wednesday, July 30, 2008

SMK Tambulion Kota Belud Mewakili Sabah Pertandingan Peringkat Kebangsaan Sudut/Bilik PPDa

KOTA BELUD : Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Herbert Timbun Lagadan mengesyorkan agar sudut sumber pendidikan pencegahan dadah di SMK Tambulion 10 kilometer dari sini dijadikan rujukan oleh sekolah lain termasuk PIBG dan masyarakat setempat

Beliau berkata demikian, semasa menyampaikan ucapan alu-aluan dalam majlis taklimat dan penilaian sudut sumber pendidikan pencegahan dadah peringkat kebangsaan.

Sudut Sumber tersebut amat penting bukan sahaja bagi rujukan murid, malahan ia berguna sebagai panduan dan kempen kepada para belia, masyarakat setempat agar sedar tanggungjawab mereka untuk membenteras penyalahgunaan dadah.

Beliau berkata, aktiviti pencegahan tidak semestinya dilaksanakan secara langsung, tetapi melalui aktiviti bersukan, mesyuarat, taklimat yang diadakan di sesebuah sekolah, tetapi pengisiannya melawat sudut sumber tersebut selepas aktiviti berkenaan.

“Dalam zaman sekarang kita amat takut kerana golongan terpelajar terpedaya menjadi agen pengedaran dadah ke luar negara”, katanya.

Herbert berbangga kerana SMK Tambulion telah berusaha sedaya upaya mengujudkan sudut sumber pendidikan pencegahan dadah yang bertaraf kebangsaan dan berharap supaya dijadikan contoh kepada sekolah-sekolah lain khususnya di daerah Kota Belud.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Persatuan Mencegah Dadah Sabah ( Pemadam ) sentiasa membantu sekolah untuk meningkatkan program-program pencegahan seterusnya menggalakkan penglibatan ibu bapa dan pemimpin masyarakat.

Menurut, Herbert pihak sekolah dicadangkan sentiasa mengisi program sudut tersebut, umpamanya pertandingan deklamasi sajak, peraduan menulis esei dan yang penting sekali dijadikan sumber maklumat bahaya dadah melalui isu-isu semasa.

Turut hadir ialah Penyelaras Program Pendidikan Pencegahan Dadah, Bahagian sekolah-sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, Ahmad Hashimi, Baharin Sabar dari Jabtan Pelajaran Negeri Sembilan,Ketua Unit JPN Terengganu dan Perak.

DALAM GAMBAR BAWAH : Teliti... Herbert semasa melawat sudut sumber Pendidikan Pencegahan Dadah SMK Tambulion, Kota Belud.

Gambar 2 (Atas)- KENANGAN..... Herbert mengabadikan kenangan bersama guru-guru di SMK Tambulion.

0 Comments: