Sunday, July 27, 2008

Seminar PPDa Peringkat Negeri Sabah di Kota Belud

Seminar Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Peringkat Negeri Sabah telah diadakan pada 24 Julai 2008 di Pejabat Pelajaran Gabungan Kota Belud. Seramai 105 orang peserta daripada 7 buah sekolah menengah yang mana terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 2 telah menyertai seminar tersebut. Antara pengisian seminar tersebut ialah eramah-eramah yang masing-masing telah disampaikan oleh En. Fadzil Mohd Jamil Pegawai Khas Kaunseling dan Keutuhan PPG Kota Belud, En. Timbol Durahim JU PPDa Negeri Sabah, En. Ahmad Shukri Din dari AADK Cawangan Sabah. Selain dari ceramah, pameran dari AADK dan PUSPA juga telah diadakan di perkarangan PPG Kota Belud.

Majlis perasmian penutupan seminar tersebut telah dilakukan oleh En. Ednan,Penolong Pengarah Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Sabah mewakili Ketua Sektornya. Dalam ucapan ringkasnya beliau telah menjelaskan bahawa PPG Kota Belud adalah merupakan yang PPG yang pertama telah melaksanakan seminar ini. Beliau juga memaklumkan bahawa salah sebuah sekolah menengah di Kota Belud iaitu SMK Tambulion akan bertanding di peringkat Kebangsaan bagi sudut PPDa.

0 Comments: