Wednesday, June 9, 2010

LAWATAN PEMADAM KOTA BELUD KE SUDUT SUMBER PPDa SMK TAMBULION










Pada 20 April yang lalu, PEMADAM Kota Belud yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi PEMADAM Kota Belud, Tuan Hj Madri Akong telah melawat ke Sudut Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah SMK Tambulion, Kota Belud. Dalam sesi lawatan tersebut, Hj Madri telah menyatakan rasa gembiranya melihat usaha pihak sekolah yang sanggup mewujudkan sudut sumber PPDa yang amat berguna kepada murid-murid sekolah. Sudut PPDa tersebut boleh menjadi tatapan dan rujukan murid-murid akan bahaya penyalahgunaan dadah.

Sudut sumber PPDa SMK Tambulion telah mewakili Jabatan P)elajaran Sabah sebanyak dua kali berturut-turut untuk penialaian peringkat Kebangsaan. Madri berjanji bahawa PEMADAM Kota Belud akan membantu SMK Tambulion untuk membaik pulih sudut ntersebut. Beliau juga mencadangkan agar sekolah-sekolah di Kota Belud melawat sudut tersebut untuk melihat dan mempelajari perkembangan dan isu-isu semasa / terkini dalam pendidikan pencegahan dadah.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Setiausaha PEMADAM KB, Asrin Sadi, Pegawai Khas Pendidikan Pencegahan Dadah, Pejabat Pelajaran Daerah Kota Belud, Norawi Hj Kata dan Pengetua sekolah berkenaan Hj Mad Amin Mad Yusof.

0 Comments: