Sunday, August 2, 2009

SEMUA SEKOLAH DISARAN WUJUDKAN SUDUT ATAU BILIK SUMBER PPDa




KOTA BELUD : Semua sekolah di Sabah disarankan agar mewujudkan Sudut atau Bilik Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah(PPDa) bagi membantu hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia sekolah bebas dadah menjelang tahun 2012.

Pengarah Pelajaran Sabah, Datuk Normah Gagoh berkata sudut dan bilik sumber tersebut diharapkan dapat memberi maklumat berkesan ke arah memerangi penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar sekolah.

“Sudut Sumber ini ialah sebagai salah satu langkah pencegahan terhadap pelajar sekolah dan belia agar tidak terjerumus dalam penyalahgunaan dadah yang merupakan musuh utama negara dan seterusnya merealisasikan pembentukan modal insan minda kelas pertama bertaraf dunia”, katanya semasa merasmikan Sudut Pendidikan Pencegahan Dadah SMK Tambulion di sini.

Teks ucapannya disampaikan oleh Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Sabah, IR.Datu Jamigul Datu Salin.

Normah menyarankan agar para guru bersama para pelajar sekolah-sekolah di Sabah mengadakan lawatan ke SMK Tambulion sebagai penanda aras untuk mewujudkan sudut atau bilik sumber PPDa dan melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan pendidikan pencegahan dadah.

Katanya, sudut sumber PPDa SMK Tambulion merupakan wakil Jabatan Pelajaran Sabah ke peringkat kebangsaan yang akan dinilai oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada 5 Ogos ini.

Dalam Gambar:
1. Jamigul(kiri) bersama Ketua Unit Pendidikan Pencegahan Dadah,Ednan Muyong(kanan) diiringi oleh Pengetua SMK Tambulion,Mad Amin Mad Yusof semasa melawat sudut sumber PPDa.
2. Jamigul(lima dari kiri) bergambar kenangan bersama ketua-ketua jabatan dan pemimpin masyarakat
3. Jamigul (dua dari kiri) besama tetamu semasa majlis perasmian sudut PPDa

3 Comments:

Norawi said...

arahan yang baik untuk genarasi akan datang.

Norawi said...

tahniah

Unknown said...

tahniah kpd smk kerana komitment yg tinggi... dalam membentuk pelajar yg bebas dadah...