Friday, June 11, 2010

LAWATAN MP KB KE SUDUT SUMBER PPDa SMK TAMBULION













PROGRAM INI TELAH DIADAKAN PADA 3.6.2010, JAM 1.30 PETANG DI SMK TAMBULION,KB.


KOTA BELUD : Para pelajar disarankan agar memilih rakan sebaya yang mampu memberi dorongan dalam bidang akademik dan keterampilan yang tinggi agar mampu menjadi insane yang berguna kepada agama,bangsa dan negara, kata Ahli Parlimen Kota Belud Dato Abd Rahman Datuk Dahlan.

Beliau berkata sebagai remaja yang masih di alam persekolahan peranan rakan sebaya amat penting bagi membentuk motivasi dan mengajak persaingan yang sihat dalam bidang yang diceburi.

“Saya mahu melihat adik-adik bersaing secara sihat dalam apa bidang sekalipun kerana andalah menjadi pewaris kepimpinan negara pada masa akan datang,” katanya semasa melawat sudut Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah SMK Tambulion.

Rahman telah mengumumkan derma sebanyak 2 ribu ringgit untuk membangunkan sekolah dan program pendidikan pencegahan dadah.

Beliau menyarankan agar sekolah sentiasa memantau gerak geri para pelajar agar tidak terjebak dalam gejala social yang boleh menghancurkan masa depan mereka.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Pegawai Khas Pendidikan Pencegahan Dadah, Pejabat Pelajaran daerah Kota Belud, Norawi Hj Kata dan Timbalan Pengerusi Pemadam daerah, Hj Madri Akong.

Wednesday, June 9, 2010

LAWATAN PEMADAM KOTA BELUD KE SUDUT SUMBER PPDa SMK TAMBULION










Pada 20 April yang lalu, PEMADAM Kota Belud yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi PEMADAM Kota Belud, Tuan Hj Madri Akong telah melawat ke Sudut Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah SMK Tambulion, Kota Belud. Dalam sesi lawatan tersebut, Hj Madri telah menyatakan rasa gembiranya melihat usaha pihak sekolah yang sanggup mewujudkan sudut sumber PPDa yang amat berguna kepada murid-murid sekolah. Sudut PPDa tersebut boleh menjadi tatapan dan rujukan murid-murid akan bahaya penyalahgunaan dadah.

Sudut sumber PPDa SMK Tambulion telah mewakili Jabatan P)elajaran Sabah sebanyak dua kali berturut-turut untuk penialaian peringkat Kebangsaan. Madri berjanji bahawa PEMADAM Kota Belud akan membantu SMK Tambulion untuk membaik pulih sudut ntersebut. Beliau juga mencadangkan agar sekolah-sekolah di Kota Belud melawat sudut tersebut untuk melihat dan mempelajari perkembangan dan isu-isu semasa / terkini dalam pendidikan pencegahan dadah.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Setiausaha PEMADAM KB, Asrin Sadi, Pegawai Khas Pendidikan Pencegahan Dadah, Pejabat Pelajaran Daerah Kota Belud, Norawi Hj Kata dan Pengetua sekolah berkenaan Hj Mad Amin Mad Yusof.

Thursday, August 20, 2009

BAHARIN GEMBIRA DENGAN USAHA SMK TAMBULION


Ketua Panel Penilai Sudut Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Kementerian Pelajaran Malaysia,En.Baharin Sabar gembira kerana SMK Tambulion telah menyokong usaha KPM untuk memerangi dadah habis-habisan. Katanya, Kejayaan melaksanakan sudut PPDa bukanlah perkara mudah jika tida komitmen di kalangan warga sekolah terutama sekali pengetua dan pihak pengurusan sekolah.

"Saya berpuas hati dengan usaha sekolah walaupun dalam kategori luar bandar tapi telah membuktikan kesungguhan untuk menjayakan program PPDa di samping sudut sumber sebagai bahan rujukan pelajar. Kewujudan Sudut Sumber PPDa hendaklah diketahui oleh masyarakat terutamanya ibu bapa di sekitar sekolah", katanya selepas mendengar taklimat pengurusan sudut sumber PPDa pada 6 Ogos lalu.
GAMBAR : Dari kiri,Idris Nanti,Hj.Mad Amin,Baharin dan Hajral
GAMBAR : Rombongan KPM mengabadikan kenangan bersama warga sekolah dan tetamu jemputan sebelum penilaian
Sementara itu, Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen,Encik Idris Nanti berjanji untuk membawa MP Kota Belud,Dato'Abdul Rahman Dahlan ubtuk melawat sudut sumber PPDa berkenaan.

Sunday, August 2, 2009

SEMUA SEKOLAH DISARAN WUJUDKAN SUDUT ATAU BILIK SUMBER PPDa




KOTA BELUD : Semua sekolah di Sabah disarankan agar mewujudkan Sudut atau Bilik Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah(PPDa) bagi membantu hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia sekolah bebas dadah menjelang tahun 2012.

Pengarah Pelajaran Sabah, Datuk Normah Gagoh berkata sudut dan bilik sumber tersebut diharapkan dapat memberi maklumat berkesan ke arah memerangi penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar sekolah.

“Sudut Sumber ini ialah sebagai salah satu langkah pencegahan terhadap pelajar sekolah dan belia agar tidak terjerumus dalam penyalahgunaan dadah yang merupakan musuh utama negara dan seterusnya merealisasikan pembentukan modal insan minda kelas pertama bertaraf dunia”, katanya semasa merasmikan Sudut Pendidikan Pencegahan Dadah SMK Tambulion di sini.

Teks ucapannya disampaikan oleh Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Sabah, IR.Datu Jamigul Datu Salin.

Normah menyarankan agar para guru bersama para pelajar sekolah-sekolah di Sabah mengadakan lawatan ke SMK Tambulion sebagai penanda aras untuk mewujudkan sudut atau bilik sumber PPDa dan melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan pendidikan pencegahan dadah.

Katanya, sudut sumber PPDa SMK Tambulion merupakan wakil Jabatan Pelajaran Sabah ke peringkat kebangsaan yang akan dinilai oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada 5 Ogos ini.

Dalam Gambar:
1. Jamigul(kiri) bersama Ketua Unit Pendidikan Pencegahan Dadah,Ednan Muyong(kanan) diiringi oleh Pengetua SMK Tambulion,Mad Amin Mad Yusof semasa melawat sudut sumber PPDa.
2. Jamigul(lima dari kiri) bergambar kenangan bersama ketua-ketua jabatan dan pemimpin masyarakat
3. Jamigul (dua dari kiri) besama tetamu semasa majlis perasmian sudut PPDa

Friday, August 29, 2008

EDNAN MUYONG RASMI SEMINAR TUNAS PPDa











Seminar Tunas Pendidikan Pencegahan Dadah Sekolah Rendah Peringkat Negeri Sabah bagi Tahun 2008 dirasmikan penutupannya oleh Ketua Unit PPDa,JPN Sabah,En.Ednan Muyong ( Mewakili Ketua Sektor SPK ).
Seramai 120 orang murid melibatkan 30 buah sekolah Rendah di Daerah Kota Belud hadir menjayakan program tersebut. En Ednan mengharapkan agar para peserta dapat menyebarkan maklumat yang diterima melalui seminar tersebut kepada rakan sebaya sebaik balik ke sekolah masing-masing di samping dapat menyampaikan mesej antidadah kepada keluarga dan masyarakat agar maklumat tersebut sebagai benteng untuk membina kekuatan jati diri agar tidak mudah terjerumus ke lembah hina khususnya penyalahgunaan dadah.
Di antara penceramah yang menjayakan program tersebut ialah Pegawai Kaunseling,PPG Kota Belud,En.Fadzil Hj Mohd Jamil(Minda Kelas Pertama),Jurulatih Utama Negeri Sabah PPDa Sekolah Rendah,En.Muhamat Japar Aris(Jenis-jenis dadah dan kesan penggunaannya) dan En Ahmad Shukri Md.Din dari AADK Sabah yang melaksanakan tayangan video klip dadah membunuh dan menyampaikan ceramah isu-isu semasa tentang dadah.
Turut hadir ialah Pegawai Pelajaran Gabungan Kota Belud,Tuan Hj Said Andong,Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan,En.Hajral Sekal dan Pegawai Khas Pendidikan Pencegahan Dadah Gabungan Kota Belud,En.Norawi Hj.Kata