Friday, June 11, 2010

LAWATAN MP KB KE SUDUT SUMBER PPDa SMK TAMBULION













PROGRAM INI TELAH DIADAKAN PADA 3.6.2010, JAM 1.30 PETANG DI SMK TAMBULION,KB.


KOTA BELUD : Para pelajar disarankan agar memilih rakan sebaya yang mampu memberi dorongan dalam bidang akademik dan keterampilan yang tinggi agar mampu menjadi insane yang berguna kepada agama,bangsa dan negara, kata Ahli Parlimen Kota Belud Dato Abd Rahman Datuk Dahlan.

Beliau berkata sebagai remaja yang masih di alam persekolahan peranan rakan sebaya amat penting bagi membentuk motivasi dan mengajak persaingan yang sihat dalam bidang yang diceburi.

“Saya mahu melihat adik-adik bersaing secara sihat dalam apa bidang sekalipun kerana andalah menjadi pewaris kepimpinan negara pada masa akan datang,” katanya semasa melawat sudut Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah SMK Tambulion.

Rahman telah mengumumkan derma sebanyak 2 ribu ringgit untuk membangunkan sekolah dan program pendidikan pencegahan dadah.

Beliau menyarankan agar sekolah sentiasa memantau gerak geri para pelajar agar tidak terjebak dalam gejala social yang boleh menghancurkan masa depan mereka.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Pegawai Khas Pendidikan Pencegahan Dadah, Pejabat Pelajaran daerah Kota Belud, Norawi Hj Kata dan Timbalan Pengerusi Pemadam daerah, Hj Madri Akong.

0 Comments: